Hari yang aku tunggu2 menjelang sudah.. Selepas 3 bulan setengah "bekerja" kat sini, memang teringin sangat nak balik bercuti kat kampung tu.. Semalam, aku dah habes praktikal.. Tacing jugak nak tinggalkan sirim.. Banyak kenangan kat situ.. Perangai aku yang nakai2 pon terkeluaq balik kat situ.. Lepas tu duk buli2 orang pon kat situ padahai aku paling muda utk student praktikal la..
Satgi dalam pukoi 11 lebeyh insyaallah aku nek bus balik.. yeye..!!!!! tak sabaqnya.. Hopefully, selamat sampai perlis tercinta.. Aku sebenaqnya fobia sikit nak pi seksyen 17 sebub ada kes.. Aritu masa balik mai shah alam kan, kena kacau dengan org tua mana ntah.. Bukan aku cerita nak bajet hot cuma sekadar nak berkongsi ja.. Tyme tu aku sampai kat seksyen 17 tu xdaklah awai sangat xdaklah lambat sangat.. Dalam pkoi 8 ka 9 malam gitulah..
Lepas tu aku memang berniat nak ambik teksi nak balik umah sewa aku kat seksyen 7 ni. Malangnya tyme tu teksi takdak.. Lepas tu adalah sorang pakcik ni, dia duk tunggu kat tempat teksi ni lah.. Aku pon pi la tanya dia gini
" Pakcik, teksi xdak ka",
Dia pon jawablah tak dak.. Dia kata tunggu dulu sat.. Siap bagi aku kerusi lagi suruh duduk.. Aku pon bajet2 nak respek la orang tua dah bagi aku pon ambik duduk.. Lepas tu, pakcik ni pon bukak cerita dia.. Siap bahasakan diri dia abang lagi.. Aku dah naik pelik dah masa tu.. Aku layan sikit2 ja lah.. Kang tak layan kata apa plak.. Yang pakcik ni plak dia melalut tu Ya Rabbi.. Duk cerita pasai harta dia lah.. Dia katakan, dia ada rumah 2 bijik, ada tanah la nu la ni lah..
Lama2 duduk kat situ aku dah naik tak sedap ati.. Aku duk katalah lagu ni kat dalam ati.. Orang tua ni nak menggatai ka apa.. dah cakap abang2.. Tak bajet ka aku ni macam anak dia.. Dalam masa aku duk sembang dengan pakcik ni, dah banyak teksi lalu lalang kat tempat tu.. Aku lagi super duper pelik lah.. Tadi orang tua tu mengaku bawak teksi apasai tak panggil teksi tu bagi aku naik kan..?
Last2, aku tanya pakcik tu..
"teksinya mana?"
Boleyh dia jawab macam gini," tanyalah pakcik yang bawak teksi tu"
Naik berdesing aku yang dengaq ni.. Tadi beria-ria kata bawak teksi semua.. Serius macam nak terajang ja pakcik tu.. maaplah kalu macam xsopan.. Tapi aku memang marah gila tyme tu.. penipu betul.. Lepas tu ada hati nak menggatal plak
Akhirnya, aku dapat gak naik teksi.. Naseb bek aku tak ikut orang tua tu.. Kalu riaknya macam tu, memang berbahaya gila lah.. Masa nak dekat sampai rumah aku tu, pakcik teksi plak tanya aku duk sembang ngan sapa tadi.. Pakcik teksi ni bajet orang tua tu bapak aku.. Aku jawab bapak aku bukan kat sini.. Dalam hati memang haaaiiishhh geram tahap cipanzi dengan orang tua tu..
Conclusionnya, hati2 lah.. Jangan pecaya sangat kat orang.. Naseb bek tak jadi pa2 kat aku.. Kalo balik sorang2 tu, jangan duk follow orang tak ketahuan hala k.. Apapon doakan aku selamat sampai kat kampung..Amin..
No comments:
Post a Comment